Sejarah Khaled Mardam-Bey

Khaled Mardam-Bey memutuskan bagi mencipta mIRC kerana dia mendapati IRC client pertama bagi Windows, WinIRC, kekurangan ciri-ciri asas IRC. Dia kemudiannya terus mengembangkannya kerana cabaran dan sambutan orang ramai pada perisiannya. Berikutnya dia menjadi cukup popular untuk membuat duit dari mIRC. Pendaftarannya beharga US $20 selepas tempoh 30 hari penilaian, sungguhpun tiada fungsi dilumpuhkan sekiranya mIRC digunakan lebih lama dari 30 hari tanpa pendaftaran; skrin ganggu (nag screen) hanya melambatkan permulaan perisian.